Wednesday, January 21, 2009

Satu persatu rahSIA terBONGKAR

Hmmm, tadi aku baru tanya salah seorang teman kan aku tentang diri dia.. Dengar khabar daripada "Z" bahawa dia senget.. Yang pelik si dia tak pernah cakap kat "Z" lagipun itu kawan kepada dia dan bukan dia..

Nasib baik aku tanya soalan itu dengan BAIK.. Kalau tak aku pun dah kena smack agaknya.. Kurang ajar punya "Z", buat malu aku.. Satu persatu "KEBAIKAN" kau terlihat..

Apalagi agaknya yang tak benar yang "Z" cerita pada aku selama aku dengan dia berkawan.. Aku ngan "Z" dah renggang bersahabat.. Apa nak cakap sifat iri hati dan dengki merosakkan persahabatan kami..

Itu adalah pengajaran untuk aku untuk lebih berhati2 dalam persahabatan.. Lamanya persahabatan itu tidak mengukuhkan atau satu pengesahan persahabatan itu adalah ikhlas dan jujur..

Memang dalam kehidupan tak semua akan suka tentang diri kita, lebih2 lagi kalau kebaikkan selalu menyebelahi kita.. Itu adalah lumrah hidup manusia.. Aku bukan pendendam, aku pemaaf tetapi bukan pelupa..

Semoga kita sebagai manusia kat duniawi yang sementara ini berbaik dan ikhlas sesama kita.. Hidup ini tak kekal.. Lebih baik berbuat baik dan tambahkan pahala daripada melakukan dosa.. InsyaAllah..

Terima kasih daun keladi kerana membaca, esok lusa akan aku tambahkan entries lagi.. Roger and Out.. Hehehe..

No comments:

Post a Comment