

Niari tak banyak yang aku lakukan setakat tengok A walk to remember movie kat computer lepastu baca novel dengan tajuk yang sama jugak. Tertarik pulak aku dengan lakonan Mandy Moore dan suaranya yang lunak. Aku pun pergi la search kat youtube.
Memang sah, tak salah memang dia seorang penyanyi yang baik, kuat daya penghayatannya pada setiap lagu yang disampaikan.. Lagu Rihanna, Umbrella, pun di ubahsuaikan melody dan dinyanyikan semula Mandy Moore.. Sekarang aku dah melekat dengan lagu ini..
Tak sabar aku nantikan hari Sabtu, akan aku pulang ke Kampong kat Serkat, Pontian berdekatan dengan Tanjung Piai yang cantik pemandang laut.. Tahun lepas bulan Ogos telah ku pergi.. Sungguh damai dan tenang..
InsyaAllah esok akan aku uploadkan gambar2 yang aku telah ambil Ogos lepas.. Yang best ada seorang teman akrabku, Zul, akan ikut bersama.. Tengoklah nanti dapatkah dia sesuaikan diri tinggal 3 hari 2 malam kat kampongku.. Hehe..
Salam hormat semua.. Roger and out..
No comments:
Post a Comment